? ??????????????Why Love Hurts? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??1 Grab Today. 556 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Love Is Crap? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??1 Grab Today. 227 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

02 September 2009

Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum.

Pembuka bicara ditujukan khas pada smuer yang membaca blogku ini. Agak lama aku tak memasukkan criter baru dalam ni. Maafla. Bukan kerana bosan tapi kerana bulan Ramadhan ni aku jarang untuk meng"online"kan diri waktu malam kerana urusan yang lebih penting dari ini (yang paham tu pahamlar).
Mungkin belum terlewat untuk ku ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 52 untuk mereka yang mengaku menjadi rakyat Malaysia (yang ada kad pengenalan biru dan surat beranak yang disahkan oleh Kerajaan Malaysia jer). Pada warga asing aku cuma nak ucapkan selamat datang ke Malaysia. Kalo dah carik rezki kat negara orang hormatla undang-undang dan adat-resam penduduk asal di sini. Jangan nak maen ikot sukati kepala hanggok korang lak (anti dengan warga asing yang buat masalah sosial kat Malaysia). Jangan nak tunjuk lagak di negara orang kalo nak idop lama. Maaf emo lak dalam bab camni.
Untuk Cik Tunang tersayang juga ku ucapkan Selamat Bercuti sempena Hari Merdeka ni (dah lepas). Mesti banyak masa yang terluang telah diisi bersama kluarga tersayang.
Crita ni lebih kurang gak dengan crita Cik Tunang. Sebab kami pegi tempah kad kawen dan beli jam pada hari yang sama dan di tempat yang sama (dah janji) pada 29/8/09. Aku jemput Cik Tunang kat stesen ketapi Klang sebab destinasi yang dipilih kali ni ialah Klang Bandar Diraja. Cik Tunang penah tinggal kat Kg. Jawa masa sekolah rendah dulu. Dengan bangganya dia tunjuklar skolah rendah dia dulu (Sek. Keb. Klang). Bangunan lama berdinding kayu tetap lagi utuh walaupun rasanya dah makan puluhan tahun. Destinasi pertama ke Art is Art (nak tempah kad kawen). Kat sana banyak la pilihan yang ada. Kalo badget besar memang aku nak pilih yang mahal punyer tapi memandangkan badget tak besor mana pilih yang biasa jer. Cik Tunang pun sama pilih yang murah jer. Sebabnya kad kawen yang ada nanti bukan orang simpan wat hiasan, abih kena campak atau ilang (salah letak punya kes). Janji isinya tu penting bukan kulitnya. Dah selesai pilih dan isi maklumat yang dikehendaki kami pun angkat kaki tapi tak lupa ucap Terima Kasih pada Wani (pekerja yang melayan kerenah aku). Nasib aku tak kena marah dgn Cik Tunang sebab merapu jer masa pilih kad. Al-maklum lar tak cukup tido sebenarnya hehe.
Selesai hal kad kawen skarang nak pegi beli jam untuk barang hantaran lak. Sebelum pegi kedai jam Cik Tunang nak singgah dulu kedai gubahan bunga sebab dia dah ternampak gubahan bunga bouquet. Mata Cik Tunang memang rambang kalo masok kedai macam tu. Hanya aku jer mampu menahan kerenahnya yang agak hyperaktif kalo masok bab nih (jangan marah sayang..I LOVE YOU). Dan dia berkenan ngan satu design bunga pahar ni.. Cute sangat sampai aku pun teruja gak bila tengok laen dari biasa orang buat. Cik Tunang dah berangan nak beli. Mungkin 1 hari nanti tercapai gak hajat Cik Tunang nak beli. Dah selesai bertanya akan harga dan beramah mesra dengan pekerja kedai tu kami pun berangkat ke kedai jam.
Aku dah survey dulu jam kat kedai ni sebelum bawa Cik Tunang. Maklumla citarasa Cik Tunang ni tak leh agak. Kadang-kala dia tak kira sangat tapi ada masanya jenuh gak suruh dia pilih. Tak pasal-pasal pekerja kedai jam tu ikot kami ke setiap ruang kedai jam tu. Nasib amoi tu tak posa kalo tak mau dia buka poser trus masa tu gak hahaha. Cik Tunang dah berkenan 1 jam (brand U2). Ada macam berlian katanya. Dah dia pilih yang itu maka aku pun pilihla jam ALBA yang dah aku berkenan semalam (28/8/09). Selesai buat pilihan dan ukuran untuk tali jam dibuat maka urusan pembayaran pun berlangsung. Jam Cik Tunang lebih mahal dari jam aku??Ishh camana leh jadi camni. Aku tak kesah sangat sebab Cik Tunang dah banyak gak bih duit beli barang-barang lain untuk aku. Terima kaseh sayang!!
Disebabkan bulan Ramadhan maka tak dapatlah nak blanjer Cik Tunang makan kat McD. Aku pun antar Cik Tunang lik kat stesen ketapi Klang sebab dia kena lik Batang Kali. Maklum saje cuti Hari Merdeka. Mungkin ari lain kita boleh berbuka puasa sama yer sayang? Lagi pun aku tak dapat nak hantar Cik Tunang sampai umah dia sebab Angah (abang aku) nak datang berbuka aritu. Hingga bertemu lagi Cik Tunang. Betapa aku merindu tiap saat denganmu Cik Tunang.

2 ulasan:

HAZELNUT LADY berkata...

Hye..sungguh syahdu ceritera di atas...hehe..btw thnks 4 everything dat u hv done 4 me..cayunk kamu..muaaksss...

PenamparJepon berkata...

heee...sahdu pun leh gelak ker?bkn nangis ker?emm ur wlcm..cayang kamu jua..muaaahhhxxxxsssszzzz