? ??????????????Why Love Hurts? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??1 Grab Today. 556 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Love Is Crap? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??1 Grab Today. 227 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

15 November 2009

Menarik tertarik...

Bertemu kembali. Dah lama sangat blog aku ni takde citer-citer baru dan ari ni aku nak citer skitla sempena hari bersejarah aku yang tak lama lagi jer tinggal (selamat tinggal BUJANG).

Semalam Kak Lang balik Klang (umah aku tinggal skarang). Aku ingatkan dia balik saje jer sebab Raya Haji nanti dia tak lik sini sebab amik Kak Long (anak sedara aku=anak akak aku) balik cuti semester.

Dan tanpa ku sangka-sangka..Kak Lang bawa bungkusan plastik itam (aku ingat sampah..sebab banyak giler kentang) ke umah ni. Bila da setel angkut dari kereta ke dalam umah..aku dapati ianya untuk majlis perkahwinan aku nanti. Sukanyaaaaaaaaaaa (senyum aje).

Nak tau apa isi dalam plastik tu????? Korang tanak tau? Aku tetap bagitau gak sebab aku dah teruja sangat (lagu Ella pun tak cam yang aku rasa skarang ni) HAHAHAHA..aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat-sangat.

Jadi korang tataplah gambar di bawah ini. Korang nak cakap lawa ker tak ker hape ker..tu bukan masalah aku tapi mungkin akan jadi masalah korang la sebabnyaaaa...aku akan ingat per yg komen-komen aku dapat dari artikal ni. Barang ni akan diberi kepada mereka yang aku rasa betul-betul ikhlas mengenali aku dan mungkin yang baik dengan aku, belanja aku makan minum sampai hari sebelum aku nikah, bagi aku duit RM1,000,000.00 tanpa perlu dibayar balik. Just enjoy your self!


Objek sebenar lebih besar dari yang dilihat di sini. Isinya akan diketahui pada hari penerimaan.

p/s : Kredit untuk Kak Lang & keluarga yang banyak membantu untuk majlis perkahwinan ni. Thank you so much!!I LOVE YOU ALL!!

15 Oktober 2009

K.A.H.W.I.N

Assalamualaikum W.B.T.

Pembuka bicara kali ini....agak lama juga aku tak update blog nih..sian lak tengok. Arie ni ada citer baru untuk dimuatkan dalam ruangan yg agak kecik berbanding ruang bilik aku yg agak berselerak tapi masih leh muat lagi motor, basikal, almari, katil (per yg aku mengarot nih).

Arie ni aku CUTI. Sebabnya....aku dan Cik Tunang nak pi wat Ujian Saringan H.I.V kat sebuah klinik kesihatan kerajaan di Pandamaran untuk bakal2 pengantin macam kami. Di Selangor diwajibkan kepada bakal pengantin untuk membuat ujian nih sebagai syarat untuk mendapat kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). Bagus gak wat macam nie supaya leh tau adakah pasangan yg bakal dikahwini tu ada HIV +ve atau -ve (maknanya kalo pasangan yg +ve tu samada dia penagih dadah yg kongsi jarom suntikan, buat hubungan seks secara rambang atau semasa proses pemindahan darah akibat kemalangan dan darah yg dia terima tu ada HIV+ve). Syukur Alhamdulillah...aku lulus dgn jayanya ujian tu. Hasilnya aku dapat -ve (negatif)...tapi kalo dalam ujian kat sekolah dah tentu gagalkan? Tu bezanya ujian perubatan dan pendidikan sekolah..berlainan skali. Kalo +ve (positif) maknanya ada masalah pada individu tersebut. Lupa lak..Cik Tunang pun -ve gak keputusannya..bahagia dan gumbiranya hati kami bila da tau keputusan ujian nih.

Sebelum kami pi amik Ujian Saringan nih, kami dah singgah 1 kedai photo kat Shah Alam. Tujuannya? Dah tentu nak take photo..takan nak beli sayur lak. Jadi kami pun amik lar gambar utk letak kat Bunting yg kami dah tempah. Sebab bunting akan lebih berseri jika ada gambar pengantin..kira nak gitau kat orang lar sape yg kawen. Takot salah majlis pegi jer..wat malu jer nanti. Nak tengok hasilnya??Waaaaaaaahhh...dengan rasa bangga dan riak skit..nak gak bagi orang tengok hehe..Nie diaaaaaaa...Aku & Cik Tunang!!

KAMI

Dah macam "Datuk & Datin" lak bila tengok. Posing dengan baju batik. Cetusan akal fikir dari Cik Tunang. Thanks SAYANG!

Sebenarnya gambar nih 2 jurugambar yang snap. Sebab yg mula2 tu muka aku yg agak susah nak senyum (tatau lar nape..takot der girl2 yg tergoda kot..HAHAHA) takde senyuman. Maka kami diminta posing lik semula olh jurugambar yg ke-2. Disebabkan tanak menghampakan dia yg susah2 nak mik gambar aku yg senyum..maka kami pun turutkan gak. Nasib takde caj lebeh hehehe (tips ni)...Dan memang menjadi lak senyum lirik aku nih..siap kena puji lagi dengan jurugambar (utk pengetahuan jurugambar tu POMPUAN). Memang makin berseri gambar ni bila ditatap. Cik Tunang memang ayu dari mula aku kenal sampai sekarang. So tak payah la aku puji lebeh2 nanti menggelebeh lak punggung Cik Tunang aku kena puji (jangan marah SAYANG)...tapi memang lawa pun Cik Tunang nie. Tak silap untuk aku menyintai dia sampai sekarang. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana mempertemukan kami. Moga hubungan yang terjalin ini akan terus mekar bahagia dan ceria hingga ke akhir hayat...AMINN.






24 September 2009

Selamat Hari Raya

Assalamulaikum kpd smuer yang membaca blog nih.

Masih blum kelewatan untuk ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin jika ada tersilap kata, terkasar bahasa, kesilapan mengeja dan rasa mcm nak muntah/loya tekak masa membaca artikal-artikal dlm blog aku nih. Semuanya tu bukan disengajakan krn sbg hamba Allah yg serba kekurangan ni kesalahan tetap ada.

Sebenarnya dah lama juga tak update blog nie. Rasa rindu lak nk menaip kembali setelah dalam bulan Ramadhan yg lalu jarang gak online. Dikesempatan nie leh gak masukkan artikal tentang cuti Raya kat kampung (Rembau, N.Sembilan).

~~Kampung Ku~~

Aku macam biasa spt tahun2 dulu lik kampung nek komuter dgn anak sedara aku dari S.Alam ke Seremban. Disebabkan rel berkembar ke Selatan blum siap jadi kami berenti kat Seremban kalo siap memang trus ke Rembau jer. Kami lik ari Sabtu (sehari sblm raya) tak ramai sangatla orang. Kat KL Sentral tukar tren untuk ke Seremban. Ramai gak orang tapi ramai yg turun kat Mid Valley (ingatkan nak lik kg rupanya shoping last minit).

Ntah nak dijadikan crita ni panjang kami terpaksa tukar tren ke Seremban di stesen Bangi. Punya angin masa tu dah la puasa. Kena berebut lagi skali nak nek tren. Per punya sistem pengangkutan awam kat Malaysia ni pun tatau lar. Tak penah ada perubahan. Yang ubah harga tiket jer yang naek. Ni yang nak wat surat protes kat Menteri Pengangkutan nih.

Dah puas berebut dgn orang yg nak nek tren yg sama, nak duduk memang jgn harap lar. Orang dah ramai sangat. Dari Bangi sampai Seremban kami berdiri. Mujur tak banyak stesen lagi untuk sampai ke Seremban.

Da tiba kat stesen Seremban kami naek lak bus kat Terminal 1 menuju ke Rembau. Tambang bus RM3.00. Dah lama sangat tak nek bus jadi tambang pun tatau nek ker tak. Sampai kat Rembau Angah (abg aku) jemput kami.

~~Aku dgn duit raya~~

~~Juadah di Hari Raya~~

Raya tahun ni tak meriah sangat rasanya sebab takde orang yg datang beraya. Jadi kesempatan lepas lik dari solat sunat Hari Raya dan lepas sesi salam-salaman, menitiskan air mata dan hingus skit, sesi bagi duit raya kat anak-anak sedara, kami sefamily pergi beraya kat umah Bang Cik (abg aku no. 3) kat Rembau gak. Kek Raya kat atas tu kat umah dia lar. Kek Blue Berry. Disebabkan aku tak suka sangat makan kek jadi aku mik gambar jer la hehehe. Malam lak kami pi beraya kat umah sedara. Menu lak laksa mcm tahun lepas. Disebabkan aku,Kak Cik (kak ipar) dan Yana (anak sedara) bercerita tentang laksa yang kami makan tahun lepas yang masam giler2 tahap boombastik lastik tu..kami lebih berhati-hati untuk merasa kalo menu laksa ada malam tu. Seperti yang diceritakan memang ada laksa. Aku dengan ala-ala chef merasa sikit akan kuah laksa. Daaannn....tak masam!!!Per lagi jangan buang masa untuk merasa kenikmatan laksa di hari raya nih hehehe.

Raya ke-2 lak agenda kami ke Melaka. Pi beraya kat umah Kak Lang (akak aku). Kami semua bertolak pagi dari Rembau. Ikot Linggi. Sampai kat Masjid Tanah dalam kul 12.00 tghari. Menu kat umah Kak Lang mee Kari Daging. Masa untuk makan hahahaha. Disebabkan malam semalam ada perlawanan bola Liga Inggeris M.U v/s M.City, maka penumpuan pada Astro lebih penting. Sebab kat umah aku takde Astro jadi ni la peluang nak tengok rakaman perlawanan semalam. Dah petang kami mula bergerak pulang. Angah dgn family trus lik ke S.Alam. Aku, mak, Ateh (abg no. 2) dgn Bang Cik lik ke kampung semula. Kira kami tido kat kampung sampai ari Selasa.

Hari Selasa lak kami makan tghari kat umah Bang Cik. Jadi mak takde la masak per2 kat kampung. Lepak kat umah Bang Cik sampai petang. Esok pagi kami lik ke Klang, Ateh antar. Lama btul beraya kat kampung tahun ni. Sampai takde budak-budak yang datang beraya. Tatau nape. Kira jimatla duit raya ini tahun hehehe.

Kpd semua...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

02 September 2009

Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum.

Pembuka bicara ditujukan khas pada smuer yang membaca blogku ini. Agak lama aku tak memasukkan criter baru dalam ni. Maafla. Bukan kerana bosan tapi kerana bulan Ramadhan ni aku jarang untuk meng"online"kan diri waktu malam kerana urusan yang lebih penting dari ini (yang paham tu pahamlar).
Mungkin belum terlewat untuk ku ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 52 untuk mereka yang mengaku menjadi rakyat Malaysia (yang ada kad pengenalan biru dan surat beranak yang disahkan oleh Kerajaan Malaysia jer). Pada warga asing aku cuma nak ucapkan selamat datang ke Malaysia. Kalo dah carik rezki kat negara orang hormatla undang-undang dan adat-resam penduduk asal di sini. Jangan nak maen ikot sukati kepala hanggok korang lak (anti dengan warga asing yang buat masalah sosial kat Malaysia). Jangan nak tunjuk lagak di negara orang kalo nak idop lama. Maaf emo lak dalam bab camni.
Untuk Cik Tunang tersayang juga ku ucapkan Selamat Bercuti sempena Hari Merdeka ni (dah lepas). Mesti banyak masa yang terluang telah diisi bersama kluarga tersayang.
Crita ni lebih kurang gak dengan crita Cik Tunang. Sebab kami pegi tempah kad kawen dan beli jam pada hari yang sama dan di tempat yang sama (dah janji) pada 29/8/09. Aku jemput Cik Tunang kat stesen ketapi Klang sebab destinasi yang dipilih kali ni ialah Klang Bandar Diraja. Cik Tunang penah tinggal kat Kg. Jawa masa sekolah rendah dulu. Dengan bangganya dia tunjuklar skolah rendah dia dulu (Sek. Keb. Klang). Bangunan lama berdinding kayu tetap lagi utuh walaupun rasanya dah makan puluhan tahun. Destinasi pertama ke Art is Art (nak tempah kad kawen). Kat sana banyak la pilihan yang ada. Kalo badget besar memang aku nak pilih yang mahal punyer tapi memandangkan badget tak besor mana pilih yang biasa jer. Cik Tunang pun sama pilih yang murah jer. Sebabnya kad kawen yang ada nanti bukan orang simpan wat hiasan, abih kena campak atau ilang (salah letak punya kes). Janji isinya tu penting bukan kulitnya. Dah selesai pilih dan isi maklumat yang dikehendaki kami pun angkat kaki tapi tak lupa ucap Terima Kasih pada Wani (pekerja yang melayan kerenah aku). Nasib aku tak kena marah dgn Cik Tunang sebab merapu jer masa pilih kad. Al-maklum lar tak cukup tido sebenarnya hehe.
Selesai hal kad kawen skarang nak pegi beli jam untuk barang hantaran lak. Sebelum pegi kedai jam Cik Tunang nak singgah dulu kedai gubahan bunga sebab dia dah ternampak gubahan bunga bouquet. Mata Cik Tunang memang rambang kalo masok kedai macam tu. Hanya aku jer mampu menahan kerenahnya yang agak hyperaktif kalo masok bab nih (jangan marah sayang..I LOVE YOU). Dan dia berkenan ngan satu design bunga pahar ni.. Cute sangat sampai aku pun teruja gak bila tengok laen dari biasa orang buat. Cik Tunang dah berangan nak beli. Mungkin 1 hari nanti tercapai gak hajat Cik Tunang nak beli. Dah selesai bertanya akan harga dan beramah mesra dengan pekerja kedai tu kami pun berangkat ke kedai jam.
Aku dah survey dulu jam kat kedai ni sebelum bawa Cik Tunang. Maklumla citarasa Cik Tunang ni tak leh agak. Kadang-kala dia tak kira sangat tapi ada masanya jenuh gak suruh dia pilih. Tak pasal-pasal pekerja kedai jam tu ikot kami ke setiap ruang kedai jam tu. Nasib amoi tu tak posa kalo tak mau dia buka poser trus masa tu gak hahaha. Cik Tunang dah berkenan 1 jam (brand U2). Ada macam berlian katanya. Dah dia pilih yang itu maka aku pun pilihla jam ALBA yang dah aku berkenan semalam (28/8/09). Selesai buat pilihan dan ukuran untuk tali jam dibuat maka urusan pembayaran pun berlangsung. Jam Cik Tunang lebih mahal dari jam aku??Ishh camana leh jadi camni. Aku tak kesah sangat sebab Cik Tunang dah banyak gak bih duit beli barang-barang lain untuk aku. Terima kaseh sayang!!
Disebabkan bulan Ramadhan maka tak dapatlah nak blanjer Cik Tunang makan kat McD. Aku pun antar Cik Tunang lik kat stesen ketapi Klang sebab dia kena lik Batang Kali. Maklum saje cuti Hari Merdeka. Mungkin ari lain kita boleh berbuka puasa sama yer sayang? Lagi pun aku tak dapat nak hantar Cik Tunang sampai umah dia sebab Angah (abang aku) nak datang berbuka aritu. Hingga bertemu lagi Cik Tunang. Betapa aku merindu tiap saat denganmu Cik Tunang.

20 Ogos 2009

Ramadhan menjelang tiba

Alhamdulillah...umurku dilanjutkan lagi untuk bertemu denganmu Ramadhan.

Sesungguhnya bulan yang penuh keberkatan ini amat dinantikan. Mana amalan yang kurang sebelum ni dapatlah ditampung pada Ramadhan ini..Insya-Allah.

Esok aku tak payah keja sebab Pegawai Memerintah 91 Woksyop beri perlepasan. Syukur lagi kerana diberi peluang untuk bercuti dan rehat-rehat di rumah.

Bulan Ramadhan lak dapat balik awal. Masuk 7.30a.m balik 3.00p.m. Lagi lar bagus. Cepat balik dapat lar singgah bazar Ramadhan kat Simpang 4 dekat rumah aku nanti.

Moga bulan Ramadhan ini akan dapat perbanyakkan lagi amalan. Rasa rugi kalo tak dapat buat banyak-banyak. Sebab tatau lagi boleh jumpa lagi tak dengan Ramadhan ni tahun depan.

Kepada teman-teman Selamat Berpuasa. Agak-agak tahun lepas puasa tak cukup jgn la sama gak macam tahun ni. Lagi pun semua dah besar ada akal boleh pikir. Takan nak kena ingatkan lagi kot hehehe.

Buat Cik Tunang juga ku ucapkan Selamat Berpuasa dan jangan jadikan bulan Ramadhan ni untuk berbelanja lebih. Nafsu perlu dikawal juga walaupun Syaitan tu "dirantai". Time berbuka beli ala kadar jer jangan lak beli banyak alih-alih tak abih buang begitu saja. Membazir tu amalan Syaitan.