? ??????????????Why Love Hurts? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??1 Grab Today. 556 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Love Is Crap? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??1 Grab Today. 227 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

27 Julai 2009

My Birthday


25/7/2009...

Happy Birthday Myspace Comments


Hari ini genap umur aku 33 tahun. Dah makin meningkat usiaku. Dah tua lar. Uban pun dah ada skit hehehe. Hari ni birthday aku disambut bersama Cik Tunang. Memang nak jumpa pun sebab nak beli lagi barang hantaran masa majlis kahwin nanti. Alang-alang sambut truslah.



~Kek yang Cik Tunang belanja sempena Besday Aku..nasib tak makan kek sangat kalo tak mau mintak yang mahalnyer~

Tempat perjumpaan kami seperti biasala mana lagi kalo tak KL Sentral dan aku sampai awal dari Cik Tunang. Lepas temankan Cik Tunang sarapan (makan jagung rebus dalam cawan), kami bergerak pegi ke Sogo naik komuter. Masih dalam mood shoping. Sogo memang sesak dengan manusia yang menghabiskan duit dengan membeli barang yang pada asal harganya memang macam tu tapi untuk mengaburi mata pembeli-pembeli yang celik tapi buta dengan diskaun jadi beli gak la. Heran bin ajaib. Macam 1 wabak penyakit kalo jualan Mega ni. Kalau roboh shoping kompleks tu aku rasa belum tentu semua orang akan keluar sebab mereka leh songlap mana-mana barang yang leh dicapai sebelum keluar bangunan hehehe.

Dah selesai membeli barulah kami pergi makan. Disebabkan Cik Tunang nak makan Piza Hut, aku setuju jer. Bila sampai jer kat KL Sentral balik, Piza Hut takde lak yang nampak Kenny Rogers Roaster. Jadi kami pun menjamu selera la kat situ. Sebab tengok muka Cik Tunang yang agak bengang sebab lapar hehe. Kami pesan menu yang ada dalam katalog menu yang diberi.

Aku dapat kek arini. Beli masa kami di Sogo. Aku pilih kek yang aku rasa boleh makan dan Cik Tunang yang belanja. Mekasih Cik Tunang. Cuma 1 jer tak dapat arini..HADIAH. Sedih lak tak dapat beli adiah kalo tak dah tentu melaram benda yang dibelikan Cik Tunang ke opis. Tapi Cik Tunang dah janji akan belikan gak hadiah yang aku nak tu.

~Kek dan Besday Guy~

~Tempat menjamu selera sempena Besday Aku. Mekaseh Cik Tunang~



~Set hidangan yang aku menjadi pilihanku. Sedapnyeeeeeeerrrr~


~Set hidangan yang Cik Tunang pilih. Macam biasala tak abih pun makan..tugas aku untuk setelkan semuanya..camana lar badan aku nak turun camni~

~Hadiah yang Cik Tunang bagi sempena besday aku..thank you syg~

Majlis Derma Darah

16/7/2009..



Hari ni Majlis Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun ke 52 Kor Ordnans Diraja yang bertempat di Dewan Makan PULNORD. Semua dah siap sedia termasuk mereka dari Tabung Darah Negara (TDN), Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Balai Polis Sentul, Kementerian Kesihatan dan mereka yang dijemput untuk mengadakan pameran. Sarapan pagi, cenderahati semua dah siap diaturkan.

*Kak Ani selaku "RSM" yang menjaga cenderahati untuk penderma darah. Tengok aje gaya dia mengangkat air kotak tu. Belum suara dia lagi.*

*Yan dan Yana wakil dari Pejabat Tadbir Awam akan merekod penjawat awam yang menderma darah. Jadi takde la orang yang akan cuti saje-saje sebab mereka yang menderma darah layak menerima 2 hari MC*

*Kakitangan Tabung Darah Negara sibuk menyiapkan perkakasan untuk acara kali ini*

Mereka yang ingin menderma darah perlu mendaftar dan mengisi borang yang disediakan oleh pihak TDN. Para peserta terdiri dari kalangan tentera dan juga orang awam.

*Sebahagian mereka yang ingin menderma darah. Sokongan anda semua amatlah dihargai*

Acara yang bermula pada jam 8.30 pagi berjalan lancar dan teratur. Ruang pameran yang disediakan juga kelihatan ramai yang melawatinya. Terdapat juga ruang pameran untuk produk kesihatan seperti yang di bawah ini. Ianya untuk mencuci tangan dengan cara-cara yang ditunjukkan. Terdapat juga ruang untuk mengurut kaki dan badan. Bagi sesiapa yang ingin mencubanya dipersilakan. Bayaran pun tidak mahal.

*Urutan kaki yang diberikan mendapat sambutan. Harap tak serik-serik datang lagi*

*Cara-cara mencuci tangan dengan betul. Ramai dari kalangan tentera yang datang untuk mencuci tangan tapi produknya tak beli pun..hehehe..mungkin ada "Udang disebalik Mee Kari"*

*Produk untuk dijual bukan cuci tangan saje. Beli jangan tak beli*

Acara Derma Darah ini diserikan dengan kehadiran Pengerui Kor Ordnans Diraja. Sempat juga menyampaikan cenderhati kepada mereka yang menderma.


*Pengerusi KOD beramaha mesra dengan penderma darah*

Acara selesai pada jam 12.30 tengah hari. Mereka dari TDN dan yang membuat pameran disediakan makanan tengah hari.

Setelah selesai semua maka tugas kami pula mengemas ruang legar dalam dewan dan juga di luar dewan. Selesai mengemas dan membersihkan ruang dewan kami diberi perlepasan oleh Tuan OC kami, Mej Fadzil kerana telah menjayakan majlis Derma Darah ini. Hari Jumaat juga kami diberi OFF kerana mungkin keletihan dengan kerja-kerja mengemas dewan.

Memang memenatkan tapi semuanya berbaloi-baloi. Di sini juga ada beberapa gambar yang sempat aku shoot untuk tatapan mata. Ini semua berkat kerjasama antara tentera dan orang awam.




*Cenderahati yang aku dapat. Jadilar ada gak kenangan*

17 Julai 2009

Majlis Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun ke 52 Kor Ordnans Diraja

15/7/2009..

Hari ni da mula nk kena kemas tempat untuk acara derma darah sempena Hari Ulang Tahun ke 52 Kor Ordnans Diraja. Aku yang tergolong dalam unit ni kena turut serta. Pagi2 lagi dah kena amik khemah, meja dan semua perkakasan pinggan-mangkuk untuk esok. Kami (Kakitangan Awam) dan Tentera yang ada berapa kerat jer tinggal sebab yang lain pi Kawad sempena Hari Kor arini.

Majlis Derma Darah buat kat Dewan Makan PULNORD dalam kem Batu Kentonmen ni.



OC (Mej Fadzil) aku bagi arahan khemah dan kerja-kerja dah boleh buat. Jadi kami amik keputusan pegi lepas rehat (2.00 ptg). Sampai sana masih ada lagi keja mengemas yang dilakukan sebab sebelum tu ada acara makan oleh semua pegawai KOD. Sambil menunggu kerja mengemas dalam dewan makan selesai kami pasang 2 buah khemah di luar dewan untuk ruang pameran dan menunggu untuk penderma-penderma darah esok. Kakitangan daripada Tabung Darah Negara juga datang untuk mengatur katil-katil bagi acara esok. Kerja selesai dalam jam 6.00petang.





Esok penentu segala bagi majlis ini. Moga-moga semuanya berjalan dengan lancar.AMIINN..

12 Julai 2009

~~ Masjid Putra, Putrajaya ~~
Masjid Putra. Masjid yang selalu aku pergi untuk solat Jumaat masa kerja kat Putrajaya dulu. Dah lama aku tak pi Putrajaya. Terasa gak rindu nak pegi sana jumpa kawan2 lama yang masih lagi keja kat sana tapi yang lebih utama aku dapat jumpa Tunangku Sayang hehehe.
Tak tau bila aku dapat pegi sana lagi. Tengok masa dan keadaan lar. Jika ada kelapangan dan hal yang perlu aku pergi sana Insya-Allah aku akan pegi.
Kawan2 OC United takan aku lupakan. Korang semua antara pengalaman yang manis masa aku di Putrajaya tu. Per2 pun untuk korang semua All The Best!!

Operasi membeli barang2 hantaran Part 1

11/07/2009 (Sabtu)
Hari ni aku bangun awal walaupun penat akibat Senamrobik kat Kem semalam. Kaki masih lagi terasa lenguh2 akibat menari twist yang dah lama aku tak menari..last skali aku twist masa darjah 6...aduuuaaiii..
Pagi2 lagi dah kluar umah menuju stesen komuter pergi ke KL Sentral. Tunangku sayang dah sedia menunggu di sana sebab dia nek bus dr Putrajaya (masa perjalanan 30minit katanya). Tren lak takde tunda..rasanya 1jam la sampai ke KL Sentral tu (9.10-10.00a.m).
Aku setelkan urusan aku dulu iaitu mengeluarkan wang dari akaun...heee..nak kena bayar duit jurufoto masa wedding nanti.
Kemudian kami terus ke Mid Valley untuk operasi membeli barang hantaran. Aku memilih kasut casual jenama Camel yang harganya bawah RM200.00..kira ok la dengan budget Tunangku tu...dia budget RM200.00 tapi harga kasot tak sampai pun..ada la baki untuk wat blanjer hehehe..baik hati tak aku ni??
Sambil beli barang untuk aku, dia pun beli gak barang untuk dirinya..yang hanya aku jer tau per yang dia beli hehehe...
Aku memang respek orang pompuan..dorang tahan berdiri lama dok membelek, selak2, acu2..tapi tak beli sangat pun. Tu yang kadang2 wat aku penat berdiri lama..sibuk mencari kerusi hehehe..lenguh berdiri saje dalam masa 2-3 jam..tak sanggup aku kalo nak wat camtu..tapi org pompuan bila bab SHOPING memang tak kenal erti penat, letih..fizikal dorang memang kuat time tu..heeee (abg saaaaaaayang SAYANG).
Ada lak pameran perkahwinan kat Mid Valley tu..masok la kejap tapi maklum jer lar ramai kaum Cha Ya Nun Alif..penuh dengan jururunding foto..kami masok kejapan jer..sebab takde per yang menarik lagi pun aku dah tempah cameraman.
Kami balik dalam jam 3.00p.m..berpisah dalam komuter nak ke Rawang dan aku lak ke Klang..terpaksala tukar tren kat KL Sentral..orang tak ramai kira bagus..
Ari Rabu @ Khamis aku kena pi lik kat Mid Valley sebab ada beg yang kena beli untuk dijadikan barang hantaran..murah ajer..tak sampai RM50.00 pun..baik hati lagi aku kan??hehe..
Abih agenda membeli barang ari ini..minggu depan lak nak pi tengok baju pengantin kat butik..Fuh!! Penuh jadual aku nak kawen nih. Memang turun berat badan aku camni..hahaha.
## Thank You SAYANG..for a lovely gift ## I LOVE YOU..SO MUCH!!

07 Julai 2009

Tanggal 29/12/2008 (1 Muharram 1430H)


~~~ Cincin tunang ~~~



~~~ Aku dan barang2 yg akan diberi pada majlis pertunangan nanti (kak lang watkan) ~~~



~~~ Kek pertunangan (kak ngah sponser)~~~













Antara shoot yang sempat letak dlm blog ni.Masa rombongan menghantar pertunangan.
Kenangan yg terindah dlm hidupku..
Aku menjadi tunangan org..heee..
Tak sangka penghidupanku akan berubah lepas peristiwa ni..
Berubah utk menjadi seorang suami yg baek insya-Allah..
Sesungguhnya aku sayang pd tunangku..
ABG SAYANGKAN SYG SGT2...
DEMI ALLAH CINTAKU UTKMU SEORANG..

Salam Penampar JepOn





Salam Penampar JepOn..

Ni 1st time aku baru mula nak buat blog.Bukan reti sangat pun..dari dulu nk buat..tak terbuat. Ni baru nak buat heee..itu pun lepas Tunang aku da wat blog dia sendiri..terasa jeles lak.Aku pun nak gak buat..
Aku dah bertunang..dan Tunang aku namanya Hazaliana..orang Batang Kali.Insya-Allah bulan Disember kami akan menikah.
Tak sabar lak rasanya nak ada family sendiri.Plan dah buat cuma nak wat beberapa perkara je lagi.Harap semuanya berjalan lancar.
Aku harap dengan blog ni aku akan lebih banyak menaip dalam erti kata mengisi kekosongan masa terluang lepas balik kerja.Maklum saje dalam 1 hari ada 24jam dah tentu macam2 cerita leh dipaparkan dalam ni.
Kepada yang tengok blog ni aku ucapkan SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH..semoga kehidupan kita di dunia ini akan diberkati dan akan mendapat ganjarannya di Akhirat kelak..AMIIINN
~~~ SAYONARA ~~~