? ??????????????Why Love Hurts? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??1 Grab Today. 556 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Love Is Crap? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??1 Grab Today. 227 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

27 Julai 2009

Majlis Derma Darah

16/7/2009..



Hari ni Majlis Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun ke 52 Kor Ordnans Diraja yang bertempat di Dewan Makan PULNORD. Semua dah siap sedia termasuk mereka dari Tabung Darah Negara (TDN), Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Balai Polis Sentul, Kementerian Kesihatan dan mereka yang dijemput untuk mengadakan pameran. Sarapan pagi, cenderahati semua dah siap diaturkan.

*Kak Ani selaku "RSM" yang menjaga cenderahati untuk penderma darah. Tengok aje gaya dia mengangkat air kotak tu. Belum suara dia lagi.*

*Yan dan Yana wakil dari Pejabat Tadbir Awam akan merekod penjawat awam yang menderma darah. Jadi takde la orang yang akan cuti saje-saje sebab mereka yang menderma darah layak menerima 2 hari MC*

*Kakitangan Tabung Darah Negara sibuk menyiapkan perkakasan untuk acara kali ini*

Mereka yang ingin menderma darah perlu mendaftar dan mengisi borang yang disediakan oleh pihak TDN. Para peserta terdiri dari kalangan tentera dan juga orang awam.

*Sebahagian mereka yang ingin menderma darah. Sokongan anda semua amatlah dihargai*

Acara yang bermula pada jam 8.30 pagi berjalan lancar dan teratur. Ruang pameran yang disediakan juga kelihatan ramai yang melawatinya. Terdapat juga ruang pameran untuk produk kesihatan seperti yang di bawah ini. Ianya untuk mencuci tangan dengan cara-cara yang ditunjukkan. Terdapat juga ruang untuk mengurut kaki dan badan. Bagi sesiapa yang ingin mencubanya dipersilakan. Bayaran pun tidak mahal.

*Urutan kaki yang diberikan mendapat sambutan. Harap tak serik-serik datang lagi*

*Cara-cara mencuci tangan dengan betul. Ramai dari kalangan tentera yang datang untuk mencuci tangan tapi produknya tak beli pun..hehehe..mungkin ada "Udang disebalik Mee Kari"*

*Produk untuk dijual bukan cuci tangan saje. Beli jangan tak beli*

Acara Derma Darah ini diserikan dengan kehadiran Pengerui Kor Ordnans Diraja. Sempat juga menyampaikan cenderhati kepada mereka yang menderma.


*Pengerusi KOD beramaha mesra dengan penderma darah*

Acara selesai pada jam 12.30 tengah hari. Mereka dari TDN dan yang membuat pameran disediakan makanan tengah hari.

Setelah selesai semua maka tugas kami pula mengemas ruang legar dalam dewan dan juga di luar dewan. Selesai mengemas dan membersihkan ruang dewan kami diberi perlepasan oleh Tuan OC kami, Mej Fadzil kerana telah menjayakan majlis Derma Darah ini. Hari Jumaat juga kami diberi OFF kerana mungkin keletihan dengan kerja-kerja mengemas dewan.

Memang memenatkan tapi semuanya berbaloi-baloi. Di sini juga ada beberapa gambar yang sempat aku shoot untuk tatapan mata. Ini semua berkat kerjasama antara tentera dan orang awam.




*Cenderahati yang aku dapat. Jadilar ada gak kenangan*

2 ulasan:

HAZELNUT LADY berkata...

ramainyer askar..tatot..hehe..erm tak gitau pon dpt souvenier comey tu..nk jgk..np tak amik 2?

PenamparJepon berkata...

ala benda tu pun last baru dpt sbb memang ada lebeh..amik jer la.kang kita jd urusetia tak dpt per..wat penat jer kalo tgn 0